MAA Takaful Berhad telah memperkenalkan ' killer product ' satu-satunya produk takafulink di Malaysia
yang dinobatkan sebagai The Most Oustanding
Takaful Product untuk 2009,
2010 dan 2011 di KLIFF. Pada 2012, MAA Takaful Berhad
sekali lagi telah memenangi The Most
Outstanding Islamic Retail Product for 2012.
Pengiktirafan
terhadap produk ini telah dibuat oleh pakar-pakar kewangan Islam dari pelbagai
negara. Oleh itu, para pelanggan yang masih tercari-cari produk perlindungan
takaful di pasaran supaya tidak perlu bersusah payah lagi kerana MAA
Takafulink mampu memberikan perlindungan yang komprehensif kepada keperluan
anda, insyaAllah..
Setiap peserta
yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:
Akaun
Pelaburan Peserta(PIA)
akaun ini dikenali
sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah
tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini
selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful
sebagai bayaran fee atau upah kepada ajen peserta d alam menguruskan perniagaan
takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana
keuntungan.
Akaun
Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)
PRIA adalah dana
risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’
(sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah
berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini
dikenakan melalui PIA kepada PRIA.
Anda mempunyai
pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan
toleransi pelaburan dan risiko anda.
Dana MAA Takaful Shariah Growth
- Menyediakan tambah nilai modal dalam
jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio
ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang
tinggi.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko
yang tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Balanced
- Menyediakan campuran seimbang antara pulangan
pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi
tempoh sederhana hingga panjang.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko
yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA Takaful Invest Fund
- Menyediakan pendapatan stabil menerusi
pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang
pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko
rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Shariah Flexi
- Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam
jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset
daripada dana tersebut.
- Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk
menerima pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi
peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
Siapakah Yang Layak?
Takafulink disediakan
untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun,
para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Anda boleh memiliki
Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.
Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun,
setengah tahun atau tahunan.
Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Anda boleh
memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink,
selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun
Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).