MAA TAKAFUL PERNAH MENERIMA ANUGERAH PRODUK TERBAIK SELAMA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT IAITU MULAI TAHUN 2009, 2010 DAN 2011.
MAA
Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA
Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah
satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.
Pada 21
Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama
Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful
untuk menjalankan perniagaan takaful.
Pada 3
Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali
Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari
Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar
sebanyak RM100 juta and seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah
dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari
ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.
MAAH
memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity
memegang 25% pegangan ekuiti.
MAAH
disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan
syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan
insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans,
perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah,
pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perunding pelaburan, keselamatan and
perkhidmatan perundingan dan juga pusat dialysis amal. Saban tahun, MAAH telah
mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA
International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai
dalam kumpulan MAAH.
SOLIDARITY COMPANY BSC(C) OF BAHRAIN
Ibu Pejabat: Bahrain
Modal dibenarkan: USD 500 juta
Modal berbayar: USD 220 juta
Solidarity adalah antara konglomerat pelaburan terbesar di rantau Arab. Ia adalah syarikat kerjasama antara Dar Al-Maal Al-Islami Trust (DAMAIT) melalui Faizal finance of Luxemborg S.A DAMAIT adalah pemegang amanah yang diwujudkan oleh King Faisal of Saudi Arabia.
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
- Best Takaful Insurer of the Year 2009 di MENA Insurance Awards Ceremony Dubai.
- Best Takaful Insurer of the Year 2010 di MENA Insurance Awards Ceremony Dubai.
- Bahrain Insurer of the Year 2010 oleh Solidarity General Takaful (anak syarikat).
- Bahrain Insurer of the Year 2011 oleh Solidarity General Takaful (anak syarikat) di MENA Insurance Awards Ceremony Dubai.
No comments:
Post a Comment