AKAUN PESERTA/PENCARUM
·
Akaun Pelaburan Peserta (PIA) – Akaun
ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar
oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah.
Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen
peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
·
Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) – PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman
berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat
yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau
tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.
Dana-dana
Takafulink
Anda mempunyai pilihan untuk
memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi
perlaburan dan risiko anda.
Dana MAA
Takaful Shariah Growth
1.
Menyediakan tambah nilai modal
dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi perlaburan dalam portfolio
ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang
tinggi.
1.
Menyediakan campuran seimbang
antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi
tempoh sederhana hingga panjang.
2.
Bagi peserta yang mempunyai
toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA
Takaful Shariah Income
1.
Menyediakan pendapatan stabil
menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah
yang pelbagai.
2.
Bagi peserta yang mempunyai
toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Flexi Fund
(Baru)
1.
Dana fleksibel yang diuruskan
oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam
dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
2.
Dana ini diuruskan oleh
CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik
2009.
Peruntukan
Caruman Takafulink
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000).
Caruman yang
diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA
Shariah pilihan anda. Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyaj RM850
digunakan untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan
dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut. Sebahagian
daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen
agen.
Siapakah Yang
Layak
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69
tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Caruman minima adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Tiada nilai
maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai
perlindungan yang akan anda perolehi.
Apakah Pilihan Yang Disediakan?
·
Anda boleh membuat pengeluaran
separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah
RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Perlaburan Peserta
(PIA).
·
Selain itu, anda juga boleh
menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus
sebanyak RM1000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukan
ditolak RM25 adalah disediakan untuk perlaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta
(PIA).
Apakah Manfaat/Rider Lanjutan
Yang Boleh Disertakan?
·
Special Contributor Benefits
·
Critical Illness Super
·
Critical Illness Plus
·
Juvenil Critical Illness
·
Improved Accident Indemnity
·
Khusus Protection
·
Ziarah Protection
·
Waiver of Contribution on Dread Disease
·
Wanita Illnesses Protection
·
Wanita Maternity Protection
·
Wanity Golden Protection
·
Hospital &Surgical Benefit
·
Hospital Benefit
·
Smartmedic Riders
Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan perlaburan syariah MAA Takaful.
Lebihan Akaun Pelaburan Peserta
(PRIA)
Sekiranya
terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta
(PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh para peserta dan pengendali takaful
mengikut nisbah 50:50.
Nilai Asas / Manfaat Asas
Apa yang
menarik mengenaik pelan ini ialah, anda boleh meletakkan berapa manfaat asas
yang diperlukan dan konsultan akan memberikan sebut harga berdasarkan manfaat
asas yang diinginkan. Manfaat asas di sini merujuk kepada manfaat kematian dan
hilang upaya kekal.
Anda boleh
meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh
mencecah jutaan ringgit. Berikut adalah contoh pelan MAA Takafulink dengan
nilai asas RM1 Juta!:
Nama : ENCIK ANUAR
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok
Sumbangan : Hanya
RM8,000 setahun atau RM666.66 sebulan
Perlindungan / Manfaat :-
·
Pampasan Kematian (Biasa) – RM1,000,000
·
Pampasan Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) – RM1,000,000
·
Pampasan Kematian (Kemalangan) – RM1,100,000
·
Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan) – RM1,100,000
·
Elaun Hospital – RM200 / hari
·
Perlindungan 46 Penyakit Kritikal – RM200,000
·
Pengecualian Caruman – RM8,000 setahun
·
Kecacatan akibat kemalangan – bayaran mengikut % dari nilai perlindungan
kemalangan sebanyak RM100,000
JANGKAAN PULANGAN PELABURAN / SIMPANAN**
Selepas 15 tahun
sumbangan – RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413
** pulangan
pelaburan / simpanan adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin –
bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana
Syariah Balanced (BF – 100%)
No comments:
Post a Comment