Sunday, 28 June 2015

PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK ANDA

Setiap hari, bulan dan tahun kita melihat dan mendengar pelbagai kes kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.  Kesan dan akibat daripada musibah sebegini terhadap mangsa, keluarga mangsa atau perwaris mangsa akan menghadapi perkara berikut:

1.  Kos rawatan

2.  Hilang sumber pendapatan

3.  Kos sara hidup

Ada mangsa kemalangan yang masih hidup tetapi hilang anggota badan .
Ada yang perlukan rawatan susulan berterusan atau paling teruk seumur hidup.
Ada yang terpaksa berhenti kerja dengan rela atau diberhentikan.

Bila perkara ini berlaku , maka masalah pada kos sara hidup pula. Tidak lagi ada sumber pendapatan.

Mangsa yang mati akibat kemalangan pula akan meninggalkan sanak saudara, sahabat taulan, ibu bapa, anak-anak, isteri atau adik beradik meneruskan hidup tanpa kita yang selama ini membawa pulang pendapatan. Mereka sudah kehilangan kita, sekarang mereka kena menempuh hidup tanpa kita, tanpa pendapatan.

Malang memang tidak berbau.  Sekiranya kita ditimpa musibah kita mungkin tidak lagi mampu mencari pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Jika kita meninggal dunia, waris perlukan wang untuk terus hidup.  Dengan mengambil takaful nyawa waris kita yang hidup masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.  Jika mampu, ambil juga takaful kemalangan diri.

Jika kita masih hidup, kita perlukan rawatan perubatan dan siapa yang akan berikan kita wang untuk membayar bil rawatan? Justeru itu keperluan medical card sangat membantu


menyelesaikan masalah pembayaran bil hospital yang sangat tinggi sekarang ini.  Carilah kad perubatan mampu milik yang terbaik dan yang termurah di pasaran. Murah tak semestinya tidak bagus!

No comments:

Post a Comment