Tuesday, 11 November 2014

BAYAR SEDIKIT PULANGAN TINGGI

Ramai daripada kita sangat berkira untuk mengeluarkan sedikit daripada pendapatan bulanan kita untuk mendapatkan perlindungan bagimenanggung kos rawatan perubatan yang tinggi di hospital swasta dan kerajaan.  Bagi pegawai kerajaan yang mendapat rawatan perubatan percuma di hospital kerajaan janganlah mendabik dada.  Kebanyakan pegawai yang bertaraf VIP sahaja yang berpeluang menikmati keistimewaan rawatan di bilik VIP yang disediakan oleh hospital kerajaan...tak perlu nak beratur panjang atau menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan sesuatu rawatan.  Malahan layanan dan makanan yang disediakan juga setaraf dengan layaran di hospital swasta.  Bagi pekerja di sektor swasta pula sampai bila majikan harus menanggung bil rawatan kita di hospital swasta sekiranya bil rawatan semakin bertambah.  Akhirnya kebarangkalian kita diberhentikan kerja sangatlah tinggi.  Sekiranya kita masih memerlukan rawatan susulan...kemanakah kita selepas itu seandainya majikan kita tidak dapat lagi menanggung bil rawatan kita???  Tidak ada pilihan ke hospital kerajaan akhirnya atau keluarkan wang simpanan yang ada.
 
Sekiranya kita diberi pilihan hospital swasta atau kerajaan, yang mana satukah pilihan kita?? Kalau dari segi kemampuan kita akan memilih hospital swasta, dari segi tidak tertanggung sakit dan memerlukan rawatan segera kita akan pilih hospital swasta...bagi yang tidak berkemampuan...jawapannya anda sendiri tahu.  
 
Oleh itu sedia payung sebelum hujan.  Kita hanya perlu mengeluarkan sedikit sahaja dari wang gaji kita untuk mendapatkan kad perubatan tetapi jumlah yang kecil itu sudah memadai untuk membantu kita membayar segala kos rawatan  dan dapat menyelamatkan wang simpanan kita dari habis menanggung bil rawatan yang sangat tinggi. Kalau kita mampu melanggan internet, astro, melancong, makan di tempat-tempat ekslusif masakan sekadar tak sampai 5% dari gaji kita khususnya untuk perlindungan kesihatan kita.  Sayangilah diri dan keluarga kita.
 
 
 
 

KENAPA KITA PERLUKAN MEDICAL CARD

Alasan kenapa kita perlukan kad perubatan hospital:
  1. Segala bil perubatan di hospital kerajaan dan swasta akan ditanggung oleh pihak takaful.
  2. Kos rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta kini semakin meningkat.
  3. Tidak perlu menggunakan wang simpanan sendiri untuk bayaran bil hospital.
  4. Mendapatkan perkhidmatan rawatan di hospital swasta lebih cepat dan sakit pun dapat sembuh dengan   cepat.
  5. Tidak mahu mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan yang ramai pesakit dan perlu menunggu giliran   yang panjang bagi mendapatkan rawatan peringkat awal.
  6. Tidak perlu lagi menggunakan duit majikan untuk kos rawatan kita, kerana kalau terlalu banyak kos rawatan   yang ditanggung oleh majikan kemungkinan besar kita pun ada harapan untuk diberhentikan kerja.
  7. Had kelayakan jaminan perubatan dari majikan sama ada sektor swasta mahupun kerajaan adalah terhad 
 

Monday, 10 November 2014

RUGI ATAU UNTUNG MENYERTAI TAKAFUL


Rugi sertai TAKAFUL?

Masih ada yang ragu dan tidak tahu samada mereka perlu mengambil perlindungan takaful atau tidak. Mungkin tidak faham atau merasa rugi kerana menganggap duit akan ‘burn’ sekiranya tiada kecelakaan berlaku. Persepsi ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri dan keluarga. Kita perlu peka kepada keperluan perlindungan masa hadapan keluarga kita.

Sebenarnya kita tidak rugi apa-apa apabila kita mengambil perlindungan takaful kerana manfaatnya amat besar sebagai satu bentuk jaminan perlindungan keluarga. Perlu difahami, caruman ke dalam takaful adalah berbentuk tabungan yang menjanjikan jaminan perlindungan dan dana kewangan apabila diri atau keluarga ditimpa musibah. Sekiranya tiada apa-apa berlaku dan kita sihat walafiat sehingga tamat tempoh sijil, tabungan kita tidak akan hilang. 

Kita akan mendapat kembali duit simpanan kita beserta perkongsian keuntungan sekaligus memberi nilai tambahan kepada kemampuan kewangan kita di usia persaraan iaitu sebagai tambahan kepada simpanan sedia ada yang boleh digunakan untuk keperluan lain seperti menunaikan fardhu haji, berehat dan melancong dan sebagainya.  Selain itu, selepas setahun kita sebenarnya boleh membuat pengeluaran tunai dari tabung simpanan takaful tanpa menjejaskan sedikit pun nilai perlindungan yang ada. Jadi di mana ruginya.  Mungkin ada yang menganggap tidak perlu lagi kepada pelan simpanan takaful kerana sudah menyimpan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Perlu diingat, simpanan di dalam ASB, Tabung Haji atau amanah saham lain, tidak memiliki elemen perlindungan terhadap musibah.  

Takaful menyediakan pelan simpanan yang menawarkan jaminan perlindungan terhadap musibah seperti kematian, hilang upaya, penyakit, kemalangan dan sebagainya. Tanpa perlindungan takaful, sekiranya berlaku kecelakaan yang menuntut komitmen kewangan yang besar, mahu tidak mahu kita terpaksa mengunakan duit simpanan yang ada untuk menangani situasi yang berlaku. Contohnya jika kita tiba-tiba didiagnos menghidap penyakit kritikal, dan katakan kita hanya mempunyai simpanan tunggal bersama ASB. Kita mungkin terpaksa menghabiskan segala simpanan ASB untuk menampung kos rawatan atau lebih teruk terpaksa menjual aset seperti tanah, rumah dan sebagainya sekiranya duit simpanan ASB masih tidak cukup. Apa akan jadi kepada kita dan keluarga kita apabila satu-satunya sumber simpanan atau harta kita terpaksa dihabiskan untuk menampung kos rawatan?

Berbeza situasinya jika kita memiliki perlindungan takaful, di mana pihak takaful akan menyediakan sejumlah dana kewangan bagi keperluan pembiayaan kos rawatan kita. Tanpa  perlu mengeluarkan tunai dari simpanan ASB dan sebagainya. Di sini kita lihat bagaimana takaful menjamin keperluan kewangan keluarga saat berlaku musibah. Jadi di mana ruginya.  Duit simpanan kita selamat, harta benda kita selamat. Malah simpanan kita di dalam takaful tidak terusik sesen pun walaupun pihak takaful telah memberikan dana kewangan kepada kita untuk rawatan hospital. Ini adalah antara contoh kebaikan perlindungan takaful.

Tegasnya, selain menyimpan bersama amanah saham dan sebagainya, kita sebenarnya turut memerlukan satu bentuk pelan simpanan yang mempunyai elemen perlindungan sebagai satu bentuk kepelbagaian simpanan dan pelaburan bagi keperluan masa hadapan. Selain menjamin dana kewangan kita agar tidak terputus atau menyusut apabila musibah melanda. Inilah antara perkara yang ditawarkan melalui pelan-pelan takaful dari mana-mana syarikat takaful.  Hakikatnya, sebahagian besar kita masih lagi tidak beringat. Lebih menumpukan kepada soal memenuhi keperluan/kehendak pada masa sekarang semata-mata tanpa mengambil kira keperluan masa hadapan. Amat malang apabila kita mengabaikan keperluan perlindungan diri dan keluarga.


Sebagai manfaat bersama, mari kita lihat kisah yang pernah menimpa arwah saudara Seri Bayu seperti yang dilaporkan di dalam majalah Harmoni ini sedikit masa dahulu. Penderitaan saudara saudari kita di luar sana seperti yang kerap dilaporkan di dada-dada akhbar mahupun majalah, bukanlah sekadar untuk bacaan kita semata-mata. Jadikanlah pengajaran yang terbaik untuk kita sentiasa beringat semasa kita sihat dan senang.

Sekiranya kita masih belum memiliki pelan perlindungan keluarga, berusahalah dari hari ini untuk memulakannya. Hari ini kita sihat. Esok lusa belum tentu. Malang tidak dapat dihidu. Lindungi pendapatan kita selagi kita punya waktu.