Tuesday, 28 July 2015

PATINNA 2016 TAKAFUL KELUARGA KEMALANGAN DIRI

Pelan Kemalangan Diri MAA Takaful (MAA Takaful Personal Accident) ~ PATINA 2016.
Patina 2016, satu satunya plan kemalangan yang ada pampasan kematian untuk sebarang SEBAB. Pelan ini menawarkan 6 Pelan yang meliputi perlindungan seperti berikut :-

1) Kematian Biasa

2) Kematian / TPD Akibat Kemalangan
3) Medical Reimbushment
4) Rawatan Tradisional / Alternatif
5) Elaun akibat MC dari kemalangan


Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja tanpa disedari dan kehidupan sesorang itu boleh berubah tanpa diduga.  Pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri ini adalah pelan polisi standalone yang murah dan lengkap serta boleh dipilih mengikut umur, jantina dan kelas pekerjaan. Paling MENARIK sekali pelan ini menawarkan DISKAUN LOYALTI 20%.


Sunday, 28 June 2015

Dapatkan Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM1JUTA* dengan caruman bermula dari RM20/BULAN** dan anda juga layak mendapatkan Diskaun Loyalti Sehingga 20%. Ianya EKSKLUSIF, hanya PATINA2016.

Jika anda berumur 22-29 tahun dan bekerja sebagai guru atau bekerja di pejabat yang paling rendah kadar risiko (Occupational Class 1)*, anda HANYA perlu menyumbang SERENDAH RM45.00/bulan untuk mendapat perlindungan RM150,000.00 jika berlaku kematian dengan sebab kemalangan SERTA pelbagai manfaat lain yang sangat komprehensif yang mampu meringankan beban anda dan keluarga jika berlaku perkara yang tidak diingini.


PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK ANDA

Setiap hari, bulan dan tahun kita melihat dan mendengar pelbagai kes kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.  Kesan dan akibat daripada musibah sebegini terhadap mangsa, keluarga mangsa atau perwaris mangsa akan menghadapi perkara berikut:

1.  Kos rawatan

2.  Hilang sumber pendapatan

3.  Kos sara hidup

Ada mangsa kemalangan yang masih hidup tetapi hilang anggota badan .
Ada yang perlukan rawatan susulan berterusan atau paling teruk seumur hidup.
Ada yang terpaksa berhenti kerja dengan rela atau diberhentikan.

Bila perkara ini berlaku , maka masalah pada kos sara hidup pula. Tidak lagi ada sumber pendapatan.

Mangsa yang mati akibat kemalangan pula akan meninggalkan sanak saudara, sahabat taulan, ibu bapa, anak-anak, isteri atau adik beradik meneruskan hidup tanpa kita yang selama ini membawa pulang pendapatan. Mereka sudah kehilangan kita, sekarang mereka kena menempuh hidup tanpa kita, tanpa pendapatan.

Malang memang tidak berbau.  Sekiranya kita ditimpa musibah kita mungkin tidak lagi mampu mencari pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Jika kita meninggal dunia, waris perlukan wang untuk terus hidup.  Dengan mengambil takaful nyawa waris kita yang hidup masih mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.  Jika mampu, ambil juga takaful kemalangan diri.

Jika kita masih hidup, kita perlukan rawatan perubatan dan siapa yang akan berikan kita wang untuk membayar bil rawatan? Justeru itu keperluan medical card sangat membantu


menyelesaikan masalah pembayaran bil hospital yang sangat tinggi sekarang ini.  Carilah kad perubatan mampu milik yang terbaik dan yang termurah di pasaran. Murah tak semestinya tidak bagus!

Alasan Kenapa Kita Perlu Ada Takaful

Alasan Kenapa Kita Perlu ada Takaful

1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya
3.Menyediakan dana persaraan
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana penyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang
7. Melindungi aset
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan
10.Melakukan amal jariah
11.Mengurangkan cukai pendapatan

TAKAFUL IKUT KEPERLUAN

TAKAFUL IKUT KEPERLUAN

Takaful perlu diambil mengikut keperluan  komitmen dan kemampuan.  Kita sendiri yang berhak menentukan berapa sumbangan yang kita hendak berikan setiap bulan atau setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali.  Kalau anda mampu RM50.00 sebulan maka polisi pun bernilai RM50,000.00 mengikut umur.  Perunding takaful tidak sepatutnya menentukan berapa jumlah caruman yang patut anda bayar. Anda sendiri yang menentukan base on apa yang dicadangkan oleh perunding anda. Mereka hanya boleh memberikan cadangan sahaja bukan menentukan polisi takaful kliennya. Kalau hal ini berlaku anda boleh buat aduan kepada operator takaful dan Bank Negara, masukkan sekali dalam laporan tersebut nama no. kod agen tersebut. Bank Negara akan mengambil tindakan kepada perunding tersebut di atas putar belit yang dilakukan olehnya.

Nasihat saya ambil yang lebih penting dahulu, setelah itu baru kita fikirkan yang lain, kalau tidak ambil yang lain pun tidak mengapa.

Cadangan saya ialah seperti di bawah ini :

Sum Cover (Manfaat Asas)

Kenapa wajib ambil takaful? Wajib disebabkan kita mempunyai komitmen seperti hutang dan nafkah. Cuba kita kira hutang dan nafkah yang ditanggung oleh kita :

Hutang rumah : hutang pokok bagi rumah ialah sebanyak RM170,000.00. Tolak segala keuntungan bank. Kita kira pada hutang pokok sahaja, kerana apabila kita bayar langsam pihak bank hanya mengambil hutang pokok sahaja dan segala keuntungan akan ditolak (rebet).
Hutang kereta: Contoh hutang kereta sebanyak RM70,000.00. konsepnya sama juga seperti hutang rumah.
Pembiayaan peribadi: contoh loan peribadi sebanyak RM50,000.00.
Nafkah keluarga: setiap bulan RM2,000.00 termasuk semua perbelanjaan sekolah dan rumah. Nafkah kita hitung selama setahun, kerana apabila ditimpa apa-apa musibah kepada kita, isteri atau anak-anak sempat untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan boleh menyusun semula ekonomi yang dimiliki olehnya. Dalam masa setahun itu amat baik bagi dirinya untuk membuat persediaan. Firman Allah yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rizkinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya” (At-Talaq : 7)

Jumlah keseluruhan komitmen kita ialah sebanyak RM314,000.00. Jadi sum cover (tabung khairat asas) kita tentukan sebanyak RM314,000.00. Kenapa perlu begini? Jawapannya ialah kerana untuk mengelakkan kita menyusahkan keluarga kita, elak dari tekanan emosi, hutang yang ada dapat dilunaskan, dapat membantu persekolahan anak kita dan banyak lagi. Alamak mesti kena bayar tinggi sebab basic cover ini tinggi? Setiap manusia Allah berikan akal fikiran, gunakan akal kita dengan baik, cari operator takaful yang murah pembiayaannya. Setahu saya, ada operator di Malaysia yang boleh memberikan basic cover ini sebanyak RM100,000.00 dengan bayaran hanya RM50,000 ke bawah (apa-apa pun rujuk kepada umur). RM300,000.00 ini kita hanya perlu membayar RM150.00 sahaja.

Cuba fikirkan kalau sum cover ini kita ambil hanya RM20,000 hingga RM30,000. Apa yang kita dapat bantu keluarga kita dalam menyelesaikan masalah  yang mereka tanggung waktu kita lumpuh atau mati nanti. Sekurang-kurangnya dapat menampung nafkah mereka selama setahun, sudah memadai untuk kita rasa selesa dengan tanggungjawab kita kepada keluarga.

Medical Card

Setelah selesai sum cover (basic cover/tabung khairat asas) barulah kita pergi kepada manfaat kedua iaitu kos rawatan (medical card). Lazimnya cas bulanan kepada medical card ini mahal, kita perlu membayar deposit hospital dan 10% dari ko takaful. Contoh apabila masuk sahaja hospital kita dikehendaki membayar deposit sebanyak RM400.00 dan ko takaful sebanyak RM1,000.00 jumlah keseluruhan RM1,400.00. Setiap tahun ada maksimum kos yang boleh kita klien dari takaful seperti setahun RM50,000.00, lebih dari itu kita kena bayar sendiri. Kelemahan bagi orang yang menggunakan medical card ialah rata-rata pihak hospital akan mengambil kesempatan di atas klien tersebut seperti kos rawatan menjadi mahal, ada pelbagai pemeriksaan hospital seperti x-ray dan sebagainya.

Perlu kita faham betul-betul sebelum ambil, jangan main ambil sahaja medical card, bila kena bayar itu dan ini baru kita melenting dan menuding jari kepada pihak takaful dan agen. Sebagai klien tanya habis-habisan, setelah itu baru buat keputusan untuk ambil.

Pelaburan Atau Simpanan

Memang ada sebahagian orang diluar sana mengatakan tidak perlu buat simpanan di dalam takaful, kerana ia merugikan pencarum. Betul apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi saya sangat menyarankan simpanan dan pelaburan. Setiap orang apabila telah berumur risikonya juga semakin tinggi. Contoh mudah, seseorang yang berumur akan mempunyai penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser dan sebagainya. Apabila kita tidak mempunyai pelaburan atau simpanan, sudah tentu akaun takaful kita menjadi muflis dan suatu ketika nanti pihak takaful akan meminta kita menambah bayaran bagi membiayai kos akaun takaful kita.

Penting di sini, kita buat pelaburan dan simpanan walaupun hanya RM10.00 kerana ia membantu kita pada masa hadapan seperti dapat mengelakkan kita menambah bayaran, pulangan balik apabila telah matang menjadi besar. Sekurang-kurangnya pulangan tersebut boleh juga kita buat untuk menunaikan umrah dan haji.

Simpanan adalah lebihan setelah ditolak ke akaun risiko iaitu sum cover dan medical card. Lebihan dari situ dimasukkan ke dalam simpanan. Besar akaun risiko maka besar cas dan kecil simpanannya. Akaun risiko tidak akan kembali kepada kita dan ia akan habis begitu sahaja. Kenapa jadi begini sebab di dalam konsep takaful akaun risiko dinamakan tabarruk (sedekah) yang disumbangkan oleh orang yang mengambil polisi. Apabila berlaku apa-apa musibah kepada ahli yang mencarum, akaun risiko itu akan membantu ahli tersebut. Duit dalam akaun risiko tidak akan dapat balik walaupun setelah ia matang.

Pelaburan ialah satu perkara yang asing dari akaun simpanan dan risiko, ia bertujuan untuk mengembalikan pulangan yang besar kepada pencarum kerana ada sebahagian takaful memberikan bonus pelaburan besar dari bonus simpanan (lebihan)

Manfaat Lain Kurang Perlu

Bukan maksud saya tidak perlu, kalau orang itu berkemampuan, maka terpulang kepadanya untuk ambil yang lain-lain seperti hospital benefit, crisis cover dan banyak lagi. Kena ingat semua ini kita bayar dengan duit dan duit itu tidak akan kembali kepada kita. Lagipun yang paling penting ialah sum cover (manfaat asas) dan medical card sahaja. Mana-mana orang ambil takaful adalah bertujuan untuk kematian dan rawatan hospital sahaja. Jadi kenapa kita ambil banyak-banyak, kan baik duit kita masuk pelaburan dan buat simpanan sahaja, lebih bagus dan lebih manfaat.

(kredit to ustaznoramin.com)

Thursday, 26 March 2015

 Perbezaan antara konsep Insuran Konvensional berbanding Takaful

Perbezakan antara takaful dengan insurans adalah pada kontraknya.
Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak derma.  Daripada kontrak jual-beli insurans inilah yang melahirkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba, yang membawa kepada fatwa haram.
Alternatif kepada insurans adalah takaful, yang menggunakan kontrak derma untuk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi dan riba tadi.
Tulisan ini bukanlah untuk menghuraikan secara ilmiah dan akademik berkenaan hukum hak-hak.  

Untuk mendapatkan maklumat secara ilmiah, boleh rujuk perkara ini di blog Ustaz Zaharuddin: http://www.zaharuddin.net/