Tuesday, 11 November 2014

BAYAR SEDIKIT PULANGAN TINGGI

Ramai daripada kita sangat berkira untuk mengeluarkan sedikit daripada pendapatan bulanan kita untuk mendapatkan perlindungan bagimenanggung kos rawatan perubatan yang tinggi di hospital swasta dan kerajaan.  Bagi pegawai kerajaan yang mendapat rawatan perubatan percuma di hospital kerajaan janganlah mendabik dada.  Kebanyakan pegawai yang bertaraf VIP sahaja yang berpeluang menikmati keistimewaan rawatan di bilik VIP yang disediakan oleh hospital kerajaan...tak perlu nak beratur panjang atau menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan sesuatu rawatan.  Malahan layanan dan makanan yang disediakan juga setaraf dengan layaran di hospital swasta.  Bagi pekerja di sektor swasta pula sampai bila majikan harus menanggung bil rawatan kita di hospital swasta sekiranya bil rawatan semakin bertambah.  Akhirnya kebarangkalian kita diberhentikan kerja sangatlah tinggi.  Sekiranya kita masih memerlukan rawatan susulan...kemanakah kita selepas itu seandainya majikan kita tidak dapat lagi menanggung bil rawatan kita???  Tidak ada pilihan ke hospital kerajaan akhirnya atau keluarkan wang simpanan yang ada.
 
Sekiranya kita diberi pilihan hospital swasta atau kerajaan, yang mana satukah pilihan kita?? Kalau dari segi kemampuan kita akan memilih hospital swasta, dari segi tidak tertanggung sakit dan memerlukan rawatan segera kita akan pilih hospital swasta...bagi yang tidak berkemampuan...jawapannya anda sendiri tahu.  
 
Oleh itu sedia payung sebelum hujan.  Kita hanya perlu mengeluarkan sedikit sahaja dari wang gaji kita untuk mendapatkan kad perubatan tetapi jumlah yang kecil itu sudah memadai untuk membantu kita membayar segala kos rawatan  dan dapat menyelamatkan wang simpanan kita dari habis menanggung bil rawatan yang sangat tinggi. Kalau kita mampu melanggan internet, astro, melancong, makan di tempat-tempat ekslusif masakan sekadar tak sampai 5% dari gaji kita khususnya untuk perlindungan kesihatan kita.  Sayangilah diri dan keluarga kita.
 
 
 
 

KENAPA KITA PERLUKAN MEDICAL CARD

Alasan kenapa kita perlukan kad perubatan hospital:
  1. Segala bil perubatan di hospital kerajaan dan swasta akan ditanggung oleh pihak takaful.
  2. Kos rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta kini semakin meningkat.
  3. Tidak perlu menggunakan wang simpanan sendiri untuk bayaran bil hospital.
  4. Mendapatkan perkhidmatan rawatan di hospital swasta lebih cepat dan sakit pun dapat sembuh dengan   cepat.
  5. Tidak mahu mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan yang ramai pesakit dan perlu menunggu giliran   yang panjang bagi mendapatkan rawatan peringkat awal.
  6. Tidak perlu lagi menggunakan duit majikan untuk kos rawatan kita, kerana kalau terlalu banyak kos rawatan   yang ditanggung oleh majikan kemungkinan besar kita pun ada harapan untuk diberhentikan kerja.
  7. Had kelayakan jaminan perubatan dari majikan sama ada sektor swasta mahupun kerajaan adalah terhad 
 

Monday, 10 November 2014

RUGI ATAU UNTUNG MENYERTAI TAKAFUL


Rugi sertai TAKAFUL?

Masih ada yang ragu dan tidak tahu samada mereka perlu mengambil perlindungan takaful atau tidak. Mungkin tidak faham atau merasa rugi kerana menganggap duit akan ‘burn’ sekiranya tiada kecelakaan berlaku. Persepsi ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri dan keluarga. Kita perlu peka kepada keperluan perlindungan masa hadapan keluarga kita.

Sebenarnya kita tidak rugi apa-apa apabila kita mengambil perlindungan takaful kerana manfaatnya amat besar sebagai satu bentuk jaminan perlindungan keluarga. Perlu difahami, caruman ke dalam takaful adalah berbentuk tabungan yang menjanjikan jaminan perlindungan dan dana kewangan apabila diri atau keluarga ditimpa musibah. Sekiranya tiada apa-apa berlaku dan kita sihat walafiat sehingga tamat tempoh sijil, tabungan kita tidak akan hilang. 

Kita akan mendapat kembali duit simpanan kita beserta perkongsian keuntungan sekaligus memberi nilai tambahan kepada kemampuan kewangan kita di usia persaraan iaitu sebagai tambahan kepada simpanan sedia ada yang boleh digunakan untuk keperluan lain seperti menunaikan fardhu haji, berehat dan melancong dan sebagainya.  Selain itu, selepas setahun kita sebenarnya boleh membuat pengeluaran tunai dari tabung simpanan takaful tanpa menjejaskan sedikit pun nilai perlindungan yang ada. Jadi di mana ruginya.  Mungkin ada yang menganggap tidak perlu lagi kepada pelan simpanan takaful kerana sudah menyimpan di dalam ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Perlu diingat, simpanan di dalam ASB, Tabung Haji atau amanah saham lain, tidak memiliki elemen perlindungan terhadap musibah.  

Takaful menyediakan pelan simpanan yang menawarkan jaminan perlindungan terhadap musibah seperti kematian, hilang upaya, penyakit, kemalangan dan sebagainya. Tanpa perlindungan takaful, sekiranya berlaku kecelakaan yang menuntut komitmen kewangan yang besar, mahu tidak mahu kita terpaksa mengunakan duit simpanan yang ada untuk menangani situasi yang berlaku. Contohnya jika kita tiba-tiba didiagnos menghidap penyakit kritikal, dan katakan kita hanya mempunyai simpanan tunggal bersama ASB. Kita mungkin terpaksa menghabiskan segala simpanan ASB untuk menampung kos rawatan atau lebih teruk terpaksa menjual aset seperti tanah, rumah dan sebagainya sekiranya duit simpanan ASB masih tidak cukup. Apa akan jadi kepada kita dan keluarga kita apabila satu-satunya sumber simpanan atau harta kita terpaksa dihabiskan untuk menampung kos rawatan?

Berbeza situasinya jika kita memiliki perlindungan takaful, di mana pihak takaful akan menyediakan sejumlah dana kewangan bagi keperluan pembiayaan kos rawatan kita. Tanpa  perlu mengeluarkan tunai dari simpanan ASB dan sebagainya. Di sini kita lihat bagaimana takaful menjamin keperluan kewangan keluarga saat berlaku musibah. Jadi di mana ruginya.  Duit simpanan kita selamat, harta benda kita selamat. Malah simpanan kita di dalam takaful tidak terusik sesen pun walaupun pihak takaful telah memberikan dana kewangan kepada kita untuk rawatan hospital. Ini adalah antara contoh kebaikan perlindungan takaful.

Tegasnya, selain menyimpan bersama amanah saham dan sebagainya, kita sebenarnya turut memerlukan satu bentuk pelan simpanan yang mempunyai elemen perlindungan sebagai satu bentuk kepelbagaian simpanan dan pelaburan bagi keperluan masa hadapan. Selain menjamin dana kewangan kita agar tidak terputus atau menyusut apabila musibah melanda. Inilah antara perkara yang ditawarkan melalui pelan-pelan takaful dari mana-mana syarikat takaful.  Hakikatnya, sebahagian besar kita masih lagi tidak beringat. Lebih menumpukan kepada soal memenuhi keperluan/kehendak pada masa sekarang semata-mata tanpa mengambil kira keperluan masa hadapan. Amat malang apabila kita mengabaikan keperluan perlindungan diri dan keluarga.


Sebagai manfaat bersama, mari kita lihat kisah yang pernah menimpa arwah saudara Seri Bayu seperti yang dilaporkan di dalam majalah Harmoni ini sedikit masa dahulu. Penderitaan saudara saudari kita di luar sana seperti yang kerap dilaporkan di dada-dada akhbar mahupun majalah, bukanlah sekadar untuk bacaan kita semata-mata. Jadikanlah pengajaran yang terbaik untuk kita sentiasa beringat semasa kita sihat dan senang.

Sekiranya kita masih belum memiliki pelan perlindungan keluarga, berusahalah dari hari ini untuk memulakannya. Hari ini kita sihat. Esok lusa belum tentu. Malang tidak dapat dihidu. Lindungi pendapatan kita selagi kita punya waktu. 


Wednesday, 29 October 2014

KAD PERUBATAN MEDICA2015


Apa Tindakan Kita Untuk Menghadapi Kos Perubatan Yang Tidak Dijangka Dan Semakin Meningkat??
 
Memiliki pelan perubatan yang komprehensif adalah pilihan yang praktikal kerana ia menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar bil-bil perubatan di hospital.
Dengan pelan perubatan tanpa tunai, ia melindungi segala bil perubatan hospital dan yang pasti kita tidak perlu membayar perbelanjaan perubatan kita dari poket kita sendiri.
Kini MAA Takaful memperkenalkan kad perubatan terbaru yang menawarkan faedah lebih komprehensif, murah dan mesra pengguna. Kad Perubatan MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan (Non Claim Discount) daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat. Tidak dibebani dengan bayaran Ko-Takaful sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Manfaat khairat kematian sebanyak RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atas apa jua sebab. Selain itu perlindungan perubatan dan pembaharuan pula dijamin sehingga kita berumur 80 tahun.
 
 
                   
KEISTIMEWAAN MEDICA2015
 
Mempunyai 6 manfaat plan untuk pilihan anda  iaitu

P150 - manfaat sehingga RM50,000
P250 - manfaat sehingga RM100,000
P300 - manfaat sehingga RM200,000
P350 - manfaat sehingga RM300,000
P500 - manfaat sehingga RM400,000
P1000 -  manfaat sehingga RM500,000



                                                                                            
 
 
 

Thursday, 18 September 2014

TAKAFUL DALAM ISLAM

TAKAFUL MENURUT ISLAM


Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggotamasyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka ataubencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takufulyang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama danlindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takafulbertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-pesertabagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusunberlandaskan hokum tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skimdan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara. Antaranya ialah:

a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha )dan peserta (pemilik) harta secara betul.

b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.

c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubungdengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.


Jenis Takaful   

Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:

  1. Taakaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka ataubencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.
  2. Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atasdiri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orangperseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencanayang menimpa ke atas diri sendiri. Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikankefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.



Friday, 5 September 2014

TAKAFULINK


MAA Takaful Berhad telah memperkenalkan ' killer product ' satu-satunya produk takafulink di Malaysia yang dinobatkan sebagai The Most Oustanding Takaful Product untuk 2009, 2010 dan 2011 di KLIFF. Pada 2012, MAA Takaful Berhad sekali lagi telah memenangi The Most Outstanding Islamic Retail Product for 2012

Pengiktirafan terhadap produk ini telah dibuat oleh pakar-pakar kewangan Islam dari pelbagai negara. Oleh itu, para pelanggan yang masih tercari-cari produk perlindungan takaful di pasaran supaya tidak perlu bersusah payah lagi kerana MAA Takafulink mampu memberikan perlindungan yang komprehensif kepada keperluan anda, insyaAllah..
 
Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:
Akaun Pelaburan Peserta(PIA) 
Akaun ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah kepada ajen peserta didalam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. 
 
 
Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)
PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.
 

Dana-dana Takafulink
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.




PILIHAN DANA

 
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana Dana Shariah MAA Takaful yang bersesuaian dengan tujuan pelaburan anda dan tahap toleransi risiko:
 
Dana Shariah Growth MAA Takaful
         Menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam portfolio pelaburan ekuiti yang berlandaskan Shariah dan mempunyai potensi pertumbuhan modal yang tinggi.
 
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
 
Dana Shariah Balanced MAA Takaful
 
        Menyediakan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur di dalam pelaburan yang menggunakan strategi peruntukan aset campuran berlandaskan prinsip Shariah.
 
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil sederhana dan tinggi.
 
Dana Shariah Income MAA Takaful
 
        Menyediakan pulangan pendapatan yang stabil melalui pelaburan Sukuk dan instrumen pasaran wang Islam di samping pelaburan ekuiti yang berlandaskan Shariah dan menjana dividen.
 
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil rendah dan sederhana.Dana Shariah Flexi MAA Takaful

        Menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset.

        Sesuai bagi pelabur yang memilih untuk menerima aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
 
MAA Growth Syariah 2

        Growth Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai dengan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pelbagai portfolio ekuiti yang diluluskan Syariah dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.

        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi yang mana mereka lebih suka akan pertumbuhan modal.

 
MAA Balanced Syariah 2

        Balanced Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan pendapatan yang stabil dan potensi peningkatan modal jangka masa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai dengan melabur dalam campuran portfolio yang seimbang mengikut Syariah termasuk ekuiti berlandaskan Syariah, sukuk dan lain-lain Instrumen hutang Islam dan deposit dan instrumen pasaran wang yang dibenarkan Syariah.
 
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil sederhana dan tinggi yang mana mereka lebih suka akan kadar yang berpatutan.

 
MAA Income Syariah 2

        Income Syariah 2 MAA bertujuan untuk menyediakan tahap pendapatan yang stabil. Ini dapat dicapai dengan melabur dalam pelbagai portfolio sukuk dan instrumen pasaran wang jangka pendek yang diluluskan Syariah, dengan sebahagian kecil dalam ekuiti berlandaskan Syariah.
 
        Sesuai bagi pelabur yang mempunyai profil rendah dan sederhana yang mana mereka lebih suka akan peningkatan modal yang stabil.

 
Flexi Syariah 2 MAA

        Flexi Syariah 2 MAA bertujuan untuk menjana peningkatan modal jangkamasa sederhana hingga panjang. Ini dapat dicapai melalui fleksibiliti peruntukan aset dalam ekuiti berlandaskan Syariah, sukuk dan lain-lain Instrumen hutang Islam dan deposit dan instrumen pasaran wang yang dibenarkan Syariah.

        Sesuai bagi pelabur yang memilih aliran pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.






SOALAN LAZIM

 
Adakah saya layak untuk menyertai pelan ini?

Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
 

Bagaimana dengan kadar caruman?

Anda boleh memiliki Takafulink dengan caruman serendah RM100 sebulan atau RM1200 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau secara tahunan.
 

Apakah pilihan yang disediakan?

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda melalui pemberhentian caruman dan masih menikmati Perlindungan Takafulink selagi baki di dalam PIA masih mencukupi untuk membayar Tabarru’. Sekiranya jumlah PIA tidak cukup untuk membayar Tabarru’, Sijil Takaful akan tamat. Sijil Takaful boleh dikuatkuasakan semula dengan membayar Yuran Penguatkuasaan Semula sebanyak RM50. Takafulink memberikan anda tambahan fleksibiliti kepada tambah nilai di atas dasar yang tetap dengan Takaful Saver, yang mana bermula serendah RM50 sebulan, dan pada masa yang sama memberikan 95% peruntukan caruman. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk melakukan tambah nilai (bukan lazim) kepada pelaburan anda pada bila-bila masa dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 pada 95% peruntukan caruman, dengan yuran tambahan sebanyak RM25. Kemudahan tambah nilai disediakan untuk memaksimumkan pelaburan anda. Tambahan pula, Peserta juga mempunyai kemudahan untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada jumlah peruntukan unit di dalam PIA ke Dana MAA Takaful Shariah yang tertentu kepada Dana Shariah yang lain secara percuma.  Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam PIA tertakluk kepada bayaran bagi pengeluaran separa sebanyak RM50.

 
Adakah Manfaat Tambahan boleh disertakan pada pelan Takafulink?

Terdapat pelbagai jenis Manfaat Tambahan untuk disertakan bersama Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda untuk maklumat lanjut.

  
Bagaimana cara saya membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?

Apabila berlaku tuntutan, anda hanya perlu maklumkan Pengendali Takaful secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantar borang tuntutan yang perlu kepada anda. Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.

 
 Bolehkah saya menyerahkan Sijil Takaful saya?

Ya, anda boleh menyerahkan Sijil anda. Jumlah PIA akan dibayar apabila anda menyerahkan Sijil Takaful anda. Jumlah PIA adalah tidak dijamin.Oleh itu, anda ianggap telah menamatkan Perlindungan Takaful anda dan tiada Manfaat akan dibayar daripada PRIA.

 Adakah terdapat caj serahan dikenakan ke atas Sijil saya?

Tidak. Tiada caj serahan akan dikenakan ke atas Sijil anda.

 
Bagaimanakah dengan penilaianharga unit?

Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan pembahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan pelaburan Dana Shariah MAA Takaful.

 
Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?

Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai, berserta Takaful Keluarga/Insuran Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000 tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.


 

CONTOH PELAN MAA TAKAFULINK

Anda boleh meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh mencecah jutaan ringgit. Berikut adalah contoh pelan MAA Takafulink dengan nilai asas RM1 Juta!:

Nama : Encik M
Umur : 30 thn (Umur terakhir)
Kod Kerja : 2 ; Merokok

Sumbangan : Hanya RM8,000 setahun atau RM666.66 sebulan

Perlindungan / Manfaat :-

Pampasan Kematian (Biasa) – RM1,000,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) – RM1,000,000
Pampasan Kematian (Kemalangan) – RM1,100,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan) – RM1,100,000
Elaun Hospital – RM200 / hari
Perlindungan 36 Penyakit Kritikal – RM200,000
Pengecualian Caruman – RM8,000 setahun
Kecacatan akibat kemalangan – bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak RM100,000




JANGKAAN PULANGAN PELABURAN / SIMPANAN**

Selepas 15 tahun sumbangan – RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan – RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan – RM 215,413

** pulangan pelaburan / simpanan adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin – bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF – 100%)


KESIMPULAN

Bagi mereka yang menginginkan pelan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah pelan yang tepat untuk anda. Hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut.




Thursday, 21 August 2014

TAKAFUL HAJJ


PENGENALAN

Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang mampu untuk menunaikan haji di Mekah. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.


Takaful Haji adalah satu pelan simpanan berserta perlindungan yang di bentuk sebagai alternatif kepada umat Islam selain simpanan di Tabung Haji dalam membuat persediaan kewangan bagi membiayai keperluan untuk menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah. Tabungan ini juga berfungsi sebagai simpanan persaraan kedua selain KWSP/pencen bagi memastikan setiap orang mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menikmati hari persaraan yang lebih sempurna.


Kenapa anda perlu memilih Takaful Haji ?

·       SIMPANAN PENCARUM akan menjadi PERCUMA dan dibayar oleh MAA Takaful jika berlaku  atau disahkan menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal ke atas pencarum.

 
·       Jika berlaku kematian awal/hilang upaya kekal sebelum simpanan ke Tanah Suci Mekah mencukupi, UPAH/BADAL HAJI, QURBAN DAN WAKAF berjumlah RM5,000.00 akan di buat kepada pencarum Takaful Haji.

 

·       Perlindungan di Mekah, pencarum akan dibayar sehingga RM50,000.00 jika berlaku KEMATIAN/KECEDERAAN semasa menunaikan UMRAH/HAJI.

 

·      KHAIRAT KEMATIAN sebanyak RM2,000.00 dibayar dalam masa 24 jam kematian.

 

·        Simpanan boleh di HIBAH/WASI kepada orang tersayang.

 

·      PULANGAN TINGGI  ke atas simpanan pelaburan iaitu 50:50 berdasarkan prestasi Syarikat (antara 7% - 10% setiap tahun).

 

·      Simpanan secara berdisiplin &berterusan bagi memastikan niat ke Tanah Suci tercapai.

 

LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN


TAKAFULINK HAJJ ISTIMEWA DENGAN PAKEJ HIBAH


Simpanan dan Pampasan 100% adalah milik Penama TANPA PERLU DIFARAID Atau Beralih Ke AMANAH RAYA.

          
Contoh:

Simpanan RM100 Sebulan sehingga Tahun ke 15 Simpanan Di Tabung Tabung Haji/Bank Komersial yang lain berjumlah RM 20,752.00 (anggaran).  Sebaliknya simpanan di TAKAFULINK HAJJ berjumlah RM25,686.00 (anggaran) termasuk manfaat perlindungan yang diperolehi.


Nota: Dengan jumlah simpanan RM25,686.00 selepas 15 tahun tadi anda boleh memilih untuk pergi samada dengan Tabung Haji atau pakej syarikat swasta yang mendapat kelulusan Tabung Haji.

WANG SIMPANAN BOLEH DIKELUARKAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA (mengikut terma dan syarat)