Thursday, 18 September 2014

TAKAFUL DALAM ISLAM

TAKAFUL MENURUT ISLAM


Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggotamasyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka ataubencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takufulyang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama danlindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.

Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takafulbertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-pesertabagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusunberlandaskan hokum tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skimdan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara. Antaranya ialah:

a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha )dan peserta (pemilik) harta secara betul.

b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.

c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubungdengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.


Jenis Takaful   

Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:

  1. Taakaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka ataubencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.
  2. Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atasdiri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orangperseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencanayang menimpa ke atas diri sendiri. Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikankefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.



No comments:

Post a Comment